Takwim SMIH

Objektif projek ini ialah menambah dana PIBG dengan menjual Takwim 2013 untuk SMIH.

Takwim ini akan memberi penerangan serba sedikit berkenaan sejarah dan aktiviti sekolah dan dilengkapi dengan aktiviti tahunan SMIH yang perlu diketahui oleh semua pelajar dan ibubapa.

Objektif:
Assalamualaikum, WBH WBT

Ibubapa yang dihormati sekelian,

PIBG SMIH telah melancarkan satu projek di panggil Takwim SMIH dengan beberapa objektif berikut:

1. Menjana dana bagi menjalankan aktiviti PIBG SMIH
2. Menyediakan satu kaedah menyalurkan info tahunan aktiviti di SMIH untuk rujukan ibubapa/guru/pelajar
3. Mempromosi sekolah Hidayah melalui info asas dan pencapaian sekolah yang dimuatkan dalam Takwim tersebut
4. Menyediakan satu takwim SMIH bagi satu keluarga hidayah.
5. Menyediakan satu lagi platform untuk kita semua memberi sumbangan dalam usaha menjayakan aktiviti PIBG untuk kebaikan sekolah/ibubapa/pelajar/alumni/masyarakat.

Sebelum ini, hanya surat sahaja yang diedarkan kepada ibubapa melalui pelajar. Dalam minggu ini Takwin tersebut akan diedarkan melalui kelas anak-anak kita untuk dibawa pulang dengan kos RM10 sahaja.

Target kita ialah 1keluarga 1Takwim, tetapi kalau nak membeli lebih pun sangat dialu-alukan, untuk dihadiahkan kepada kawan sepejabat, sahabat handai, saudara di kampung, jiran tetangga dsbnya sebagai usaha mempromosi sekolah Hidayah dan Pendidikan Islam secara holistik.

Semuga usaha kita yang sedikit ini diberkati dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT dan dihapuskan dosa2 kita..Amiin.

Alias Mohd
SU PIBG SMIH