Projek Laluan Berbumbung

Assamualaikum

Berikut adalah penambahan sumbangan laluan berbumbung

Cheque 5k
Cash 800
Total 13.5k (As of 14 Dec 11)

Terimakasih ats sumbangan ikhlas individu di atas hanya Allah saja yg dapat membalasnya..
hjh Hayati
AJK pibg SMIH


Assalam..
Berikut adalah update sumbangan bg projek berbumbung..
Sumbangan cash dn cheque setakat 6 Dec 2011-rm3k
Sumbangan hamba Allah pada 7 Dec2011-rm3k
Sumbangan bumbung-rm1.5k

Jumlah kutipan sebanyak rm7.5k
Ini bermakna kita masih kekurangan rm7.5k utk capai 15k bagi keseluruhan pembelanjaan projek.
Kami mengucapkan setinggi terimakasih kpd para ibubapa yg menyumbang semoga degan sumbangan ini akan dikira sbg amal jariah dn diterima Allah swt.teruskn menyumbang..

Yang menjalankn amanah
Hjh Hayati Hj Ismail
Snr Engineer emas jasa Consult
AJK pibg


Projek ini bertujuan mendapat kutipan dana bagi membantu projek pembinaan ‘jalan kaki berbumbung’yang menyambungkan bangunan utama sekolah ke Bengkel Kemahiran Hidup sejauh 450 meter dari bangunan utama sekolah. Ia akan memberi kemudahan dan keselesaan pelajar berjalan ke bengkel terutama ketika hari hujan apabila jalan licin dan berlumpur.


Bengkel SMIH di hujung padang sekolah


Pelajar berjalan di dalam hujan untuk ke bengkel dari bangunan utama sekolah...basah kuyup.


Contoh laluan berbumbung (ini di Jusco Bukit Indah)


Anggaran Perbelanjaan adalah seperti berikut:

Panjang Jalan kaki berbumbung = 450 x 5 kaki persegi =2250 kaki persegi Kos RM10 x 2250 kaki persegi = RM22,500

Diselenggarakan mengikut cara wakaf. Setiap satu kaki persegi diwakafkan dengan nilaian sebanyak sepuluh ringgit (RM10) sahaja.


Sumbangan dana ke atas projek di atas boleh menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:

a. Secara tunai melalui anak anda dengan mengisi borang dibawah dan diserahkan kpd guru tingkatan.

b. Secara transaksi dalam akaun Bank Islam PIBG no akaun 01041010011274 sila maklumkan sumbangan anda,jumlah dan tarikh transaksi ke talian HP 0197407828.

c. Secara Cek atas nama PIBG Sek Men Islam Hidayah no akaun Bank Islam 01041010011274.

Semoga dengan sumbangan yang di salurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Yang menjalankan amanah,

Hjh Hayati Hj Ismail

AJK PIBG SMIH


Tambahan:

Bagi sumbangan yang melebihi RM100, jika berminat untuk memohon email ekslusif di @hidayah.edu.my sebagai saguhati, teruskan membaca entri ini.

(target group: alumni SIH)

a. Cara memohon: (sila emailkan kepada aliasmohd@hidayah.edu.my)

  • nama penuh
  • alamat
  • no HP
  • username yang dimohon (sila berikan beberapa username untuk mengelakkan pertindihan)
  • kategori (samada ibubapa/alumni)
  • no pelajar atau tahun mula belajar di PPH (bagi alumni sahaja)
b. Panduan untuk pemilihan 'username':
Kebaikan/kelebihan:

i. Ibubapa/alumni berpeluang mendapat akaun email eklusif di @hidayah.edu.my (bukan @yahoo atau@ gmail atau @hotmail) 'for life' sebagai perhargaan pernah menjadi sebahagian daripada keluarga besar di PPH


ii. Di antara features email yang dibekalkan ialah:
  • quota yang lebih besar iaitu 25G (gmail hanya 7G)
  • boleh menggunakan Microsoft Office (Doc, Excel, Powerpoint, Drawing) secara percuma secara online
  • akaun boleh digunakan untuk membina blogspot
  • akaun boleh digunakan untuk mengakses buku-buku secara percuma http://books.google.com
  • boleh membina mailing list sendiri tanpa bantuan pihak Admin
  • pengurusan email yang sangat user friendly (ini di pihak Admin)-akaun yang disalahguna dengan mudah akan di'suspend' oleh pihak Admin
  • dan banyak lagi seperti gambar di bawah



Sekian semuga kita dapat menjana sedikit sebanyak keperluan perbelanjaan untuk keperluan sekolah dan anak-anak generasi kita sekarang, di masa depan dan selamanya, insyaAllah.
Ċ
pibg smih,
Oct 28, 2011, 2:58 AM