Lanskap Sekolah Hidayah

Objektif projek ini ialah menghijaukan dan menceriakan kawasan sekolah Hidayah dengan pokok-pokok yang sesuai di persekitaran dan bangunan sekolah.

Projek pertama ialah pembinaan wakaf berhadapan dengan pintu masuk belakang sekolah dengan kos RM19,740 dan dibiayai sepenuhnya oleh MPJBT (kontraktor ialah MYM Majujaya Enterprise).


Gambar wakaf  di pintu masuk belakang Sekolah Hidayah

Projek kedua ialah meletakkan pokok-pokok di dalam pasu di sekitar bangunan sekolah. Anggaran pasu dan pokok yang diperlukan ialah 200 buah/pokok. Usaha sedang dijalankan untuk mendapat bantuan dan tajaan daripada MPJBT.

Status terkini sumbangan untuk gotong-royong SMIH 29/12/2012
Pasu = 40
Pokok = 20
Tanah = 20



Ibubapa yang ingin membantu boleh menghubungi En Samsulkamal Sumiri (Timb. SU PIBG SMIH):
Jika ingin membuat sumbangan berbentuk wang, bolehlah depositkan ke akaun:
1) maybank 101075441555 Samsulkamal Sumiri
2) bank islam 01069020049463 Samsulkamal Sumiri dan maklumkan kepada beliau di 0197745894 (samzai01@yahoo.com)

Projek ketiga ialah pembinaan pentas 'debat' di kawasan ko-op SMIH untuk digunakan sebagai tempat latihan pasukan debat sekolah dan pelajar yang berminat untuk berpidato secara terbuka di kalayak ramai. Usaha sedang dijalankan dengan En Zai Kandar dan pelajar daripada Fakulti Alam Bina, UTM untuk menjayakan projek ini.


Di kawasan ini akan dibina pentas debat untuk kegunaan pelajar


SelectionFile type iconFile nameDescriptionSizeRevisionTimeUser
ĉ
View Download
  28k v. 1 Jan 18, 2013, 6:26 PM pibg smih