Gotong Royong

Latest
Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada ibu bapa, para pelajar, alumni SMIH dan juga guru-guru yang akan menghadiri gotong royong SMIH pada 17 Dis & 18 Dis pukul 8 pagi hingga 12.30 tgh. Berikut disenaraikan agenda kerja -kerja yang akan dilakukan berserta peralatan yang diperlukan.

1)Bangunan Baru
- Membersihkan dan mencuci 4 buah kelas, 2 buah makmal komputer, tandas (tingkat 2), Bilik guru dan bilik mesyuarat, 
tandas (tingkat 1), bilik lembaga, koop, makmal sains dan tandas (tingkat bawah). 
-Memindahkan 65 buah meja guru dan barang-barang yang berkaitan dari bilik guru lama ke bilik guru yang baru.
-mengangkat meja komputer, komputer dan peralatan komputer dari 2 makmal komputer ke 2  makmal komputer yang baru.
2)Bangunan lama.
-membersihkandan mencuci  bilik guru ustazah yang lama yang akan dijadikan sebagai bilik pusat sumber.
-membersih dan mencuci 2 makmal komputer yang lama dan bilik dokumentasi yang lama.
-Mengangkat barang-barang pusat sumber dan barang-barang koperasi dari makmal fizik ke pusat sumber yang baru dan koperasi baru.
-membersihkan makmal fizik .
-mengangkat meja dan kerusi dari kelas -kelas di dewan al-Qadisiyah ke kelas-kelas di bangunan baru.

Antara peralatan yang perlu dibawa oleh setiap keluarga
1) getah paip air (kalau boleh yang panjang)
2) baldi, berus, mop, kain buruk, penyapu, penyodok sampah 

Pihak sekolah akan menyediakan sabun dan plastik sampah.
Makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak PIBG

Diharapkan para pelajar, alumni, ibubapa dan guru-guru dapat menghadirkan diri. 
Kerja yang berat ini akan dapat kita selesaikan insyaAllah apabila kita sama-sama berganding bahu dan berkerah tenaga .

KITA BOLEH INSYAALLAH

Sekian . Jazakumullahu Khairan Kathira.

Ustazah Norizah.
AJK PIBG SMIH.


Assalamualaikum w.b.t.

Diharapkan ibu bapa serta keluarga sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Sukacita dimaklumkan bahawa bangunan baru SMIH dijangka boleh diduduki selepas 15 Disember 2011. Antara perpindahan besar yang perlu dilakukan adalah perpindahan makmal komputer 1 dan 2, bilik guru PK, bilik guru Ustaz dan bilik guru Ustazah. Selain itu meja dan kerusi  untuk 4 kelas baru di tingkat 3  juga perlu dipindahkan. Pihak SMIH telah memohon PIBG SMIH untuk mengadakan gotong royong bagi membantu perpindahan ke bangunan baru tersebut. Oleh itu gotong royong ini akan di adakan pada 17 Dis dan 18 Dis (Sabtu dan Ahad) dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Senarai kerja-kerja yang perlu dilakukan semasa gotong royong ini akan diberitahu sedikit masa lagi.

Diharapkan ibu bapa, anak-anak hidayah serta alumni hidayah dapat meluangkan masa untuk sama-sama menyumbang tenaga bagi gotong royong ini. Semoga setiap keringat yang mengalir itu akan Allah ganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda di akhirat kelak. Insya Allah.

Norizah Mohd Salleh
AJK PIBG SMIH


Bangunan lama



Sedang dalam pembinaan


Sudah siap...bangunan di belakang, sebelah bangunan surau